Thursday, October 30, 2008

SeBuLaN BeRLaLu

Hari ini... genap sebulan aku sendiri
Mengharung hidup tanpamu disisi
Takdir jodoh d dunia kita setakat ini
Tapi kenangan semalam masih terpahat di hati
Aku tidak tahu sampai bila perlu aku begini

Sehari tanpamu aku tak mampu berdiri
Tapi kini kau pergi selamanya
Meninggal yang kau kasih
Meninggal yang kau sayang

Peritkah penderitaan ku ini?
Sedang aku tidak tahu bagaimana kau disana
RahsiaNya terjaga rapi
RahsiaNya takkan mampu aku selami

Siapalah aku untuk menahan pemergianmu
Aku tak mampu memberimu yang terbaik
Tapi... doaku mengiringimu setiap masa
Insya'Allah andai rancanganku diizinkan Allah
Aku akan melawat pusaramu pada tarikh kesukaanmu...

Wednesday, October 29, 2008

PD Trip

Mei 2008... ikut angah g PD. padahal aku patutnya g exam KPLI...tp boleh x prasan nama ada. bukan rezeki r tu.

Hari pertama tu kitorang sampai PD dalam kul 12.30 tengahari. so lepak2 n sembahyang dulu. Eppy je dgr rancangan abg ipar aku. nk g mcm2 tempat. sekali... dia ngn ank2 dia g berendam kt swimming pool... pergghh gila tensen. so aku pun tgk la cite dongeng Indonesia kt tv3. dalam kul 5 tu depa naik ckpp jom siap2 g mancing. he3 sikitnya teruja aku.

Sampai2 jek aku bergambar dulu... pastu br g mancing. perghh mmg menguji kesabaran dan ketabahan. memula xd org.pas setengah jam tu adala beberapa group sampai. Dan hasilnya... hanya aku sorang je dpt ank ikan yg aku sndiri x tau mn hala tuju dia... tersesat barangkali. org len cm x caya jek.ahaks. pastu nyamuk pun byk, hari pn dh maghrib, we all pn balik r. sambil2 tu diskas next aktiviti.Permulaan yang mendebarkan

Luqman dh mula tension... ahaks. Ammar dh angkat tanganni la ank ikan yg x ku tahu hala tujuannya

Tetiba... durian? nyum2... pueh merayu2, br abg ipa ku benti kete n g beli. hik2..nk tergelak pon ada. ms tu ramai pelancong yg turun beli. diorang main tunjuk jek. tp abg ipa aku? siap cium2 lg buah durian. last2 pelancong2 tu pun ikut cium sama. ahaks...aparaaa..

Balik tu terus mkn buah durian.nyum3... lepastu... terus turun bawan berendam kt pool... he3. ank2 buah aku dh x larat.

Second day... g wat aktiviti2 memanaskan badan. habis kambing2 ketua kampung kitorang panah. dh tu lak x dpt panah kitorang gne teknologi terkini... tembak la plak... pn x dpt gak... xpe2 abg ipa aku kata sok dtg lg...he3...

So, pas dh panaskan bdn, abg ipa kau pun mula mendera... kne panjat bukit nk tgk rumah api Tanjung Tuan... dh la ujan renyai2... tp alang2 dh sampai, kami daki gak... tp separuh je dh flat..ahaks...
tapi akhirnya...
muka riak abg ipa gue...
kt kawasan Rumah Api...

Pemandangan dr atas mmg cantik...so, kalo rajin Selamat Mendaki...

Balik tu, abg ipa upah men ni plak...

muka sebelum sakit pinggang..ceria bangat

Itulah aktiviti kitorang...dan hari ke-3 we all kekalkan aktiviti yg sama cuma dh x naik rumah api... dan gantikan dgn aktiviti bershopping. he3..

Ni la pic hari ke-3 kitorang...


Ni masa memanah dan gambar d susun mengikut markah terbanyak.. plg bawah tu plg byk panah kambing ketua kampung (tersasar...ahaks)
He3 takut nk men paintball..so tembak2 je r... haram... 1 pon aku x kne.. dlm berlima, Ammar je kene sasaran.tu pun skali..apala dik..

Ni..Gaya je lebih... tp hampeh(kutuk diri sndiri plak)
Ni plak ms men Go-Kart... perhatikan betul2 pic2 nie.. sape agak2 yg last?hik3
Sebelum balik...
tujuan pic ni d ambil semata2 abg ipa aku nk sakitkan ati adik aku yg x dpt ikut...hu3

- The End -

Sunday, October 26, 2008

PeRaSaaN AKu HaRi NiE

Al-Fatihah buat Hjh Zaharah@Rokiah Abd Aziz & Arwah Ahmad Khalil Musah

Dalam menghitung hari2 berlalu,
Aku mencari setitis kekuatan,
Aku meminta secebis ketabahan,

Ya Allah, Kau lapangkan lah dada ku untuk menerima ujianMu,
Biarlah tangisan ku ini hanya untukMU
Biarlah rinduku ini hanya padaMu
Kerana ku menyanginya juga keranaMU
Kau temukan kami
Kau bajai hati kami
Biar pada mulanya dua hati tidak mahu
Biar pada asalnya dua hati hanya mencuba
Tapi akhirnya dua hati telah bersatu
Kini... dua hati terpisah jauh,
Namun bersamaMu seakan dia juga ada bersama

Kau berikan aku insan terpilih
Dan Kau pilih aku untuk ujian ini
Kasih sayangMu pada aku insan yang terlupa
Aku bersyukur pada kasihMu
Aku pasrah pada takdirMU

Ya Allah...
Terima Kasih atas pertemuan ini
Semoga Kau cucuri rahmatMu keatas rohnya
Kau ampunkan segala dosa2nya
Amin...

Panjang plak luahan aku hari nie... tapi itulah yg aku rs... pada aku blog ni kuanggap sebagai diari hidup aku... aku x tahu bagaimana nk luahkan apa yg ada dalam lubuk hati aku...

Sunday, October 19, 2008

MaKaN-MaKaN

Al-Fatihah Buat Arwah Zaharah@Rokiah Abd Aziz & Arwah Ahmad Khalil Musah

Semalam..konon2nya ingat nk mula meniti semula kehidupan lama yang baru aku tinggalkan.. so, dgn sepenuh tenaga yg ada aku drive ke cheras, umah akak aku.. konon2 nk g makan chicken chop kt Cheras Perdana... Dengan semangat yg tinggal sisa2 ni aku harap dpt la aku isi kekosongan perut aku(skrg ni xd selera mkn sgt)..

So, sampai2 jek terus tengok menu... masing2 pun order la,,, memula Luqman ank sdara aku yg sulung order nasi goreng kampung+telur dadar..uiks feveret aku tuh tp sbb dh niat nk mkn chicken chop.. aku x order la.. so Ammar (yg no 2) dgn tenang order chicken chop, org tu ckp.. "ayam xd la dik, brg byk x sampai" .. tgk muka adik lak aku tgk cm tensen jek.. speggethi mmg dh akk aku x wat sbb nk mkn luar kononnya.. so order fish n chip ..xd gak..uikks.. errmm abg ipar aku mls nk layan terus order nasi goreng ikan masin.. Ammar oder Nasi Goreng Pattaya, kakak aku nasi goreng thai.. aku ngn adik aku? ahaks order sama cm Luqman...riak gle muka abg ipa aku ada nasi goreng ikan masin..tetiba..."bang, ikan masin xd la" uikkss... apa da.. sume xd..dgn control macho, abg ipa aku order sama ngn kitorang..ahaks...

sambil tunggu order sampai, we all try nk order bnda lain..tnya satay..pn xd..tnya udang goreng tepung...pun xd..tetiba akk aku teringat cite Senario yg Shanie order kt Azhar Sulaiman...sume xd... hu3 sebijik la plak... tgh2 cuba terima hakikat sume xd..tetiba.."akk, teh halia xd la..." hu3.. rs mcm nk hantuk kpala kt meja je masa tu... last2 ank buah aku sound kitorang.. "kalo x nk kecewa, jgn tnya apa2 lg.." hu3.. padahal mlm sblm tu depa mkn semua ada..tu r kan kalo dh bkn rezeki kn...

Sorry r xd pic nk letak sbb dh tlalu kecewa sgt..kalo letak pon korang x heran sbb xd bnda menarik..hu3... Last2 abg ipa aku mnta no tel kedai senang kal dulu sblm dtg... skali dia jwb..."bang telefon je ada, line xd" aduisss..mau pitam aku cmnie...

K r dh byk sgt aku coretkan... to my frenz..sorry x dtg u all nye wedding n open house.. still need time la... yg menjenguk aku di rumah..thanks sesangat.

Friday, October 17, 2008

YaNG PeRNaH AKu CoReTKaN

Al-Fatihah Buat Arwah Zaharah @ Rokiah dan Arwah Ahmad Khalil

Sejarah - 25 September 2008
(entah knp aku taip semua nie mlm 2)

tika fajar menyising,
hati terusik tersusuk sembilu,
jiwa merintih mengenang sejarah,
sejarah antara kau dan aku,
sejarah yg jauh kita tnggalkan,
terkubur sepi ntah dimana pusara,

hari ini, dalam mengejar hari,
terimbau kembali sejarah sendu,
yang kita bina bersama hingga menjadi tugu,

yang kini hilang menjadi debu,
yang tak bisa kita bina kembali,
biarpun air mata darah mengalir,
biar jasad terkulai lemah,


carilah aku di pusara janji,

jika sejarah mampu di ulang

lepaskan aku di pusara mimpi
agar mampu aku bersemadi tenang


Doaku - 14 Oktober 2008


Dalam sebuah persahabatan...

Apa yg kita cari?
Dalam sebuah percintaan...

Apa yg kita damba?
Dalam sebuah kehilangan...

Apa yg kita ada?

Dalam hari2 berlalu..
aku mencari sebuah persahabatan
mencari makna tawa dan tangis
mencari maksud tersurat d hati


Dalam menempuh hari..
aku perlu sebuah cinta

damba keikhlasan dan ketaqwaan

damba kejujuran d hati

Dalam perjalanan hidup..

aku lalui sebuah kehilangan
yang ada hanya kenangan semalam

yang ada hanya doa sepanjang hayat


Andai rezeki kita bkn d sini..

Pasti ada hikmah yg tersirat

Biar lah aku cari sebuah janji

Doakan kita bertemu d akhirat...


-hasil nukilan ku-
-

Monday, October 13, 2008

CoNTiNuE My LiFe WiTHouT ....

Al-Fatihah Buat Arwah Rokiah@Zaharah Abd Aziz & Arwah Ahmad Khalil Musah

Senyuman semalam jangan biarkan berlalu,
Tangisan semalam jangan biar berpanjangan,
Pegang ikhtibar yang ditunjukkan,
Surat kan apa yang tersirat,
Leraikan apa yang tersimpul,
Pasti jumpa jalan keredhaan.

New Office? Letih nak mengawal emosi... last2 menimbulkan persoalan jugak... Tp aku tetap teruskan hidup ni biarpun tidak seceria aku yang dulu... kawan2 yg memahami, Alhamdulillah.. tapi yang inginkan aku yg dulu.. aku benar2 minta maaf, kerana aku tidak boleh jadi aku yang dulu buat tika ini.

Hidup camne? Macam aku katakan, aku akan teruskan hidup ini berlandaskan apa yg d tentukan oleh Allah. Jd jangan minta sesuatu yg aku x mampu lakukan kerana aku sedang berjuang sndiri bersama keluarga dan rakan2 yg memahami...
pic yg kami suka (Naufal)

tapi aku x leh lupa... ms raya ke-3, ada wat knduri tahlil.. semua ank2 sdara aku yg kecik pelik tgk 'Mak Teh' dia yg x byk ckp dan mengusik cam biasa.. Aisyah sampai cakap.."knp la mak teh ni, demam ke?", jmpe mama dia plak dia tanya "mama, mak teh sakit ke?".. adik dia Muaz plak, membebel kt dapur tp aku senyap jek.. dgr gak ayat2 dia "apa la makteh ni asyik snyap jek", "mak teh ni nk gila dh ke" last2 dia ke depan membebel kt mama dia "mama, mak teh tu dh pelik la..x nk ckp apapun", byk lagi la komplen2 dr ank2 sdara aku, yg memahami hanya yg dh besar2 tu jek... adik kecik mereka, Naufal suka main kt bilik aku... ble aku duk dlm bilik mnangis, Naufal akan ketuk sbb slalu aku akan amik dia n main ngn dia. Mgkn ramai rasa perubahan aku yg ketara... dan rasanya aku x spt dulu lagi... biarlah masa yg tentukan....

Sunday, October 12, 2008

NeW JoB

Besok, 13hb Oct 2008, bermula 1 lagi episod baru dalam hidup aku... dalam berat kaki melangkah, aku perlu juga teruskan hidup. Aku akan memulakan kerjaya baru di tempat yang penuh kenangan manis bersama arwah. Kerja apa ek? Sepatutnya aku memulakan kerja di sana sebagai Multimedia Programmer tetapi atas beberapa sebab aku memilih Technical Consultant sebagai permulaan hidup baru aku.

Banyak benda baru aku kena belajar, sebab aku tidak lagi membuat perisian tetapi memanipulasikan perisian yang dah sedia ada. Bukan kerja belakang tabir lagi la... Tapi yang pasti aku mesti kuat, sebab dulu aku pilih tempat tu ada sebab2 lain gak...(aku tolak offer wat system ATM machine). Tapi aku yakin, ada hikmah d sebalik semua ini...


Saturday, October 11, 2008

Al-Fatihah Buat Ahmad Khalil Bin Musah


FoR ThiS TiMeBeiNG, I JuZ WaNT To SHaRe SoMeTHiNG To All My FreNZ CauSe All oF U AsK WHeRe Am I... I STiLL d SaMe BuT I NeeD SoMeTiMe

Ya Allah...
Kau ampunilah dosa-dosa kami serta dosa-dosa orang yang telah pergi
Kau berkatilah mereka dan muliakan mereka
Kau tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang Kau redhai
Orang-orang yang beriman...
Kau luaskan serta terangi rumah mereka
Kau jadikan persemadian mereka sebahagian dari taman-taman syurgamu
Aku bermohon padaMu Ya Allah
Sesungguhnya Kau lah tempat untuk kami memohon dan berserah
Amin..

Buat teman-teman, saya mohon ampun dan maaf bagi pihak saya sekeluarga dan arwah andai ada salah dan silap kata tersalah laku terkasar perbuatan, terkata atau apa sahaja dalam keadaan sedar ataupun tidak. Andai kata ada terambil, termakan atau terminum, saya mohon dihalalkan, jika tidak minta hubungi saya di alamat e-mail saya. Wasalam

Al-Fatihah Buat Arwah Rokiah@Zaharah dan Arwah Ahmad Khalil



Cerita lengkap dibuat oleh kakak arwah... lawatilah
--> http://ayusolo.blogspot.com/2008/10/dalam-kenangan-arwah-ahmad-khalil-bin.html