Hari ini... genap sebulan aku sendiri
Mengharung hidup tanpamu disisi
Takdir jodoh d dunia kita setakat ini
Tapi kenangan semalam masih terpahat di hati
Aku tidak tahu sampai bila perlu aku begini
Sehari tanpamu aku tak mampu berdiri
Tapi kini kau pergi selamanya
Meninggal yang kau kasih
Meninggal yang kau sayang
Peritkah penderitaan ku ini?
Sedang aku tidak tahu bagaimana kau disana
RahsiaNya terjaga rapi
RahsiaNya takkan mampu aku selami
Siapalah aku untuk menahan pemergianmu
Aku tak mampu memberimu yang terbaik
Tapi... doaku mengiringimu setiap masa
Insya'Allah andai rancanganku diizinkan Allah
Aku akan melawat pusaramu pada tarikh kesukaanmu...
No comments:
Post a Comment