Al-Fatihah buat Hjh Zaharah@Rokiah Abd Aziz & Arwah Ahmad Khalil Musah
Dalam menghitung hari2 berlalu,
Aku mencari setitis kekuatan,
Aku meminta secebis ketabahan,
Ya Allah, Kau lapangkan lah dada ku untuk menerima ujianMu,
Biarlah tangisan ku ini hanya untukMU
Biarlah rinduku ini hanya padaMu
Kerana ku menyanginya juga keranaMU
Kau temukan kami
Kau bajai hati kami
Biar pada mulanya dua hati tidak mahu
Biar pada asalnya dua hati hanya mencuba
Tapi akhirnya dua hati telah bersatu
Kini... dua hati terpisah jauh,
Namun bersamaMu seakan dia juga ada bersama
Kau berikan aku insan terpilih
Dan Kau pilih aku untuk ujian ini
Kasih sayangMu pada aku insan yang terlupa
Aku bersyukur pada kasihMu
Aku pasrah pada takdirMU
Ya Allah...
Terima Kasih atas pertemuan ini
Semoga Kau cucuri rahmatMu keatas rohnya
Kau ampunkan segala dosa2nya
Amin...
Panjang plak luahan aku hari nie... tapi itulah yg aku rs... pada aku blog ni kuanggap sebagai diari hidup aku... aku x tahu bagaimana nk luahkan apa yg ada dalam lubuk hati aku...
No comments:
Post a Comment