Monday, June 11, 2012

Jangan...

Hari ni tak ada apa2 aktiviti menarik. Tapi mungkin kejap lagi nak pergi Segambut, semalam tertinggal beg pulak kat sana. Letih juga kalau hari2 berulang, tapi aku tau Medina cukup happy sebab dapat jumpa A..tok dia. Mana taknya, kalo kat rumah mama ngan abah asik kata JANGAN jer.. kat sana semua dia boleh buat, sbb atok akan suruh mama ngan abah pantau.. adoiyai..kat sana mama tak boleh kata JANGAN...

Tapi dulu aku pernah dengar pasal didikan pada anak ni. Kita sekali-kali tak boleh sebut perkataan JANGAN pada anak. Contoh : "JANGAN panjat katil" , "JANGAN pukul adik" dan sebagainya. Sebab, nanti anak2 akan tertanya sendiri, kenapa tak boleh, kalau buat apa jadi? so kita lebih digalakkan untuk berkata "Medina, main kat bawah yer, atas tu bahaya" , "Medina, sayang adik, kalau pukul adik sakit nanti"

Tapi apapun, aku masih sukar untuk mengaplikasikan perkara tu..dah terbiasa dengan perkataan JANGAN tu...

No comments: