Friday, June 15, 2012

Prihatin

Yess... Medina tengah lena diulit mimpi lagi... masa untuk aku berkerja. Dalam bulan ni baru sekali aku hantar Medina ke rumah pengasuh. Rasa berat nak pisah dengan dia walau separuh hari. Walau tiap2 hari aku akan bergaduh dengan Medina tapi itu yang menyeronokkan aku. Alhamdulillah, pada aku Medina seorang anak yang cerdik dan peka. opppss.. biasala nak puji anak sendiri. Tapi betul.. Medina sangat alert kalau aku tengah sakit atau bersedih. Pernah 3 bulan lepas, kaki aku kebas tetiba dan aku terduduk kat lantai ruang makan. Kelam kabut dia panggil abah dia. Tapi abah dia kalau dah mengadap laptop memang lambat bagi respon. Aku dapat tengok reaksi Medina yang prihatin tu. Bayangkan dia nak panggil en hubby tapi dalam masa yang sama dia tak nak aku hilang dari pandangan mata dia.Mungkin risau. Tak tentu arah dia nak ke ruang depan or nak stay depan aku.. Last2 dia menjerit dengan muka cemas antara ruang makan dan ruang depan. Baru abah dia kelam kabut ingat apahal... Dia tarik tangan abah dia tunjuk aku yang tengah terduduk lagi tu.. terharu giler..

Satu lagi peristiwa, biasala la kitorang ni kalau lepas kerja suka lepak2 atas katil dengan Medina. Tetiba Medina turun duduk tepi katil sambil main mainan dia. En hubby pula memulakan topik hangat untuk dibincangkan. Aku cam biasa la, mana boleh orang pertikai hujah aku, hahahaha walau terang2 aku tau aku sedang menegakkan benang yang basah.. so, aku tolak en hubby ni dari katil, saja konon nak ugut dia supaya dengar hujah aku tu.. Kebetulan Medina ada kat bawah, dia tengok abah dia nak jatuh, cuak betul muka, risau giler sambil menangis cemas dia nak sambut en hubby. Macam la kuat sangat, kang terhempap baru tau. Lagi besh aku sakat, dan tanduk aku dah mula tumbuh bercabang2 gitu.. aku cuba tolak sampai abah dia jatuh. Terus dia peluk sambil usap muka my hubby. Cait aku plak yang jeles. Dia pujuk abah dia, sempat bagi ayat2 semangat lagi (dalam bahasa dia, yang aku paham perkataan abah jer). Medina terus datang kat aku lepas tu, dan.......

AKU KENA MARAH... dan sekali lagi aku tak paham... hu3

Thursday, June 14, 2012

Aku yang terlupa...

Selasa lepas aku saja bawa Medina melepak di Giant Kelana Jaya sementara tunggu en hubby habis kerja jam 5. Memang cam dh tak de port lain, since Medina dalam perut mama dia lg memang itula port mama dia. Walaupun sekarang Paradigm Mall dah buka tapi cam malas je nak g sana. Orang tengah ramai lagi..nak explore pon pening.

Medina macam biasa la akan melasak, sibuk nak tolak stroller dia. Huh tu yang malas bawa stroller, bukan dia nak duduk dalam tu pun. Kadang2 rasa baik aku je yang duduk dalam tu,kalo tak cam membazir jer..betul tak?. So, ada la sorang mak cik ni beramah mesra dengan aku.."eh,lasak cam lelaki"..takpe2 akudah biasaorang kata anak aku ni boy, sbb since Medina baby org akan tanya "boy ye kak"..dan aku tpaksa bsabar dengan soalan yang tak releven tu.. mana taknya terang2 anak aku pakai skirt, dia blh kata boy.. dgn senyum manis aku jawab, "tak lah, girl.."

Berbalik pada kisah aku dan mak cik tadi, kami terus berdialog,
MC : Apa nama anak?
Aku : Medina cik..
MC : Sedap nama tu.. elok la tu, sekarang ni orang suka letak nama anak panjang2..susuh nak ingat, kadang2 nama cucu sendiri pn susah nak ingat, panjang berjela. sudah la tu bukan sorang je cucu kita ada...
Aku : (gulp) betul tu cik.. (dalam hati : jangan la tanya nama penuh anak aku)

Nasib baik permainan yang Medina main tu dah berhenti.. selamat aku.. baru nak bangun tetiba Medina tekan sendiri button tu, dan permainan dia bergerak balik.. aiyark. bukan apa takut terkena nanti..he3


MC : Amboi, kecik lagi dah pandai tekan sendiri. Berapa umur ni?
Aku : Setahun dua bulan.
MC : Anak ni anugerah Allah, jaga la baik2. Tak semua orang dapat rezeki ni. Anak ni ibarat kain putih dan kita yang akan corakkan. Kena kreatif dan sabar. Biar sibuk mana pun kita kerja, anak kena bagi keutamaan. Jangan sibuk cari duit je, anak terabai. Duit banyak, tapi belum tentu kita dapat baiki corak kain yang dah berserabut tu nanti...

Aku terkesima, teringat kata-kata arwah mak aku dulu, hampir sama. Kalau la arwah ada, rasa seperti dipinjamkan sekejap mak cik ni untuk meredakan hati aku. terima kasih atas pesan mak cik. Sebagai ingatan kepada nasihat yang aku hampir terlupa... 

Wednesday, June 13, 2012

Aku yang makin rajin..

Sekarang ni aku rasa aku makin rajin,terutama tak tidur balik waktu pagi.hahahaa... betul..  percayalah... sejak makan herbalife ni, aku kena sediakan utk en hubby aku air aloe vera, teamix dan shake. kalau tak sempat minum di rumah pun, at least blh minum masa otw ke pejabat, tak de la stress sangat nak menempuh kesesakan jalanraya. opss.. konon.. kalau dah sesak jalan tu, tipula kalau kata tak stress..

Alhamdulillah, nak kata ikut sangat program diet ni memang la tak 100%. Sebab kami minum shake hanya sekali sehari. Tapi malam, aku cuba kuatkan semangat untuk tak makan benda yang heavy. so bermacam-macam jenis buah ada dalam peti.. kalau rajin aku buat salad buah, kalau tak, makan camtu je la... Walaupun berat tak la turun banyak, tapi aku rasa makin cergas dan tak ada sakit tumit lagi.

Tapi aku selalu berebut nak minum dengan ini budak...








Monday, June 11, 2012

Miliki Rumah Sendiri..

Sebagai perunding hartanah, aku ada beberapa rumah untuk dijual mahupun untuk disewakan. Pernah dengar mengenai Denai Alam? Tak pernah? ok tak pe, meh aku citer sikit mengenai Denai Alam..

Denai Alam merupakan sebuah kawasan yang terancang dengan pelbagai rekabentuk rumah yang menarik. Menggabungkan konsep traditional dan moden. Paling menarik, ia adalah pegangan bebas dan terletak dikawasan yang sangat strategik. Terletak berhampiran dengan Lebuhraya Guthrie, NKVE dan Jalan Sungai Buloh. Berdasarkan ini, amat mudah untuk ke Bukit Jelutong, Shah Alam, Kota Damansara serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. 

Antara rumah yang ada di Denai Alam,









Kalau minat boleh klik link ni.. http://roseaidura.iagent.my/

Jangan...

Hari ni tak ada apa2 aktiviti menarik. Tapi mungkin kejap lagi nak pergi Segambut, semalam tertinggal beg pulak kat sana. Letih juga kalau hari2 berulang, tapi aku tau Medina cukup happy sebab dapat jumpa A..tok dia. Mana taknya, kalo kat rumah mama ngan abah asik kata JANGAN jer.. kat sana semua dia boleh buat, sbb atok akan suruh mama ngan abah pantau.. adoiyai..kat sana mama tak boleh kata JANGAN...

Tapi dulu aku pernah dengar pasal didikan pada anak ni. Kita sekali-kali tak boleh sebut perkataan JANGAN pada anak. Contoh : "JANGAN panjat katil" , "JANGAN pukul adik" dan sebagainya. Sebab, nanti anak2 akan tertanya sendiri, kenapa tak boleh, kalau buat apa jadi? so kita lebih digalakkan untuk berkata "Medina, main kat bawah yer, atas tu bahaya" , "Medina, sayang adik, kalau pukul adik sakit nanti"

Tapi apapun, aku masih sukar untuk mengaplikasikan perkara tu..dah terbiasa dengan perkataan JANGAN tu...

Sunday, June 10, 2012

Sarapan Pagi Menu Herbalife

Sejak dua menjak ni rasa nak jaga kesihatan pulak... maklumlah, usia makin betambah, badan cepat letih, chubby plak tu..risau gak besok tua sebelum waktunya.. wanita ni kena la maintain baru suami sentiasa sayang.. kalo cari lain gak, tu sah2 gatal..he3

Jadi, dengan tahap kesedaran yang maksima ni,aku telah terpengaruh dengan produk herbalife.. berlubang poket aku.. tapi demi kesihatan aku rasa nilai dia lebih rendah jika dibandingkan dengan fungsinya. kalau aku boleh perabih berpuluh2 ringgit makan fast food yang sedapnya tak sampai 1 hari, tapi sedikit memudaratkan enjin badan aku, kenapa aku perlu berkira untuk servis balik badan aku?

Jadi, beberapa ni aku mulakan sarapan dengan Aloe Vera Concenterate, Teamix dan shake. Alhamdulillah, memang berbaloi-baloi. Cuma aku masih cepat lapar lagi, tapi bila nak makan, tak dapat nak sumbat banyak...mungkin masih baru kot, belum dapat suaikan diri dari tergoda melilhat makanan..uhuks

Herbalife Teamix, F1 dan F3


Harapan aku, semoga aku dan suami dapat meneruskan program ni dan mengurangkan pengambilan makanan yang boleh merosakan sistem enjin aku ni.. cukuplah aku pening nak baiki Savvy aku tu jer...