Sunday, February 22, 2009

Teater PGL

Semalam br r aku bkesempatan tgk teater muzikal PGL... dh 3 taun duk rncg tp x bkesempatan...

Session 1 dlu mbr aku Yunus (merangkap 'bapak') duk promote kata teater ni besh bangat... bygkan dkt 2 bln duk cite kehebatan teater ni terutama lakonan mantap barisan pelakon dia... hangin tol dh r g x ajak... dh tu aku nk wat keje pn x lh, duk dgr dia cite jek...

so this year aku ngn mila(sorry mmg lu sntiasa ada ngn gua) planned kne g tgk gak... pergghh mmg mantap.aku sampai agak lambat dan terlepas 2 babak rsnya... tp x mematahkan semangat aku nk trs tgk... mmg aku x sangka walau pun aku g tu dh hari terakhir pementasan tp msh ramai lg org yg dtg...

kisah seorang Puteri dr Majapahit datang mencari cintanya di puncak Gunung Ledang. Memburu cinta Hang Tuah tanpa dia sedar yang dirinya menjadi galang ganti kepada Sultan Mahmud kerana bantuan Melaka kepada Majapahit. Namun syarat PGL bukan sebarang syarat, apa yg dikehendaki amat pelik iaitu :-
  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Menurut mitos, Sultan Mahmud sanggup memenuhi syarat2 tersebut, cuma belum sempat menyediakan semagkuk darah anakndanya...dan aku pulak pernah tertanya dimanakah jambatan emas yg dibina seperti d ceritakan oleh org2 terdahulu..tp apa yang aku baca dan dengar dr org2 yang pernah mndaki Gunung Ledang, mmg ada part2 yg kita x blh pergi seperti Puncak Mahligai, kerana disitu la dipercayai tempat PGL bersemanyam...jd sama ada ia adalah benar atau mitos.. Allahualam...

Namun pada zaman pemerintahan Portugis ia dikenali sbg Mount Ophir kerana kecantikan dan keindahannya manakala pelayar China mengelarkannya Kim Sua yang bermakna Gunung Emas kerana pernah dinyatakan d gunung ini terdapat pertemuan wujudnya emas2..

Tapi ada perkara aku xkan lupa, setiap kali melalui lebuhraya ke selatan arwah mak aku akan menunjukkan Gunung Ledang supaya aku tahu mana asal aku (ayah aku org Tangkak yg skrg di kenali sbg Ledang) dan katanya itulah antara sempadan antara Melaka dan Johor... dan hari ini, Ledang banyak memberi aku kenangan... kerana itu insya'Allah aku akan terus ke sana...

--> Cinta aku tertinggal dsana...

No comments: