Friday, May 31, 2013

Berpantang dengan Set Bersalin Nona Roguy

Akhirnya segala pening kepala aku dah hilang. Masa pregnant punya la dok cari jamu tuk berpantang walaupun aku tau masa pantangkan Medina dulu aku amat serasi dengan Nona Roguy. Walaupun sebelum ni aku beli loose set tapi alhamdulillah aku selesa dan bertenaga, dan macam kurus sikit...ahaks.

Setelah berbulan-bulan menggoogle dan bergaduh dengan en. hubby, akhirnya aku nekad nak guna produk yang sama. Plan nak ambik phytonatal, minyak herbanika dengan krim barut je. Bukan apa, sebelum ni aku beli akar herbanika, dari 15 paket sampai sekarang masih ada 13 paket dalam simpanan. Huhuhu... Memang tak boleh kompromi kalo kena minum teh herba ni.

Alhamdulillah, rezeki aku tiba bila kakak aku dengan murah hati nak sponsor set bersalin Nona Roguy. Sangat teruja ok. Siap pasang angan-angan akan menggunakan produk yang ada sebaik mungkin... Konon...



Memula aku gunakan produk luaran dulu, seperti herbanika lulur, minyak herbanika dan krim barut. Aku ni bukan la orang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi jadi pakai pun mana yang sempat je. Melulur pun ala kadar tapi terus terang cakap, memang best. Sebab lepas bersalin rasa badan kita cam letih dan sembab. Tapi lepas melulur rasa segar dan lembut jer...

Lepas je mandi, aku akan sapu minyak herbanika ke seluruh badan, kalau anak-anak aku tak menjerit la. Sebab aku tak berani pakai param pantang kali ni sebab nanti serbuk berterabur kena baby. Lagi pula aku baca yang minyak herbanika ini mempunyai fungsi yang sama seperti param dan pilis. Tapi aku lebih suka gunakan minyak berubat herba NR dan memakai pilis yang bancuh sendiri. Sebab pada aku minyak ni lebih panas dan berangin. Manakala pilis memang mengurangkan masalah sakit kepala aku yang tak baik-baik sejak hari ke-3 aku berpantang.

Okeh... Meh aku share pasal phytonatal plak. Aku tak makan awal-awal sebab takut baby kena jaundis. Kebetulan pulak nurse yang datang kata anak aku ada jaundis dan hampir kena tahan wad. Takpe-takpe nanti aku cerita pada entri lain eh. Kalau korang biasa tanya pakcik google, mesti korang amat kenal dengan Kak Engku Bidan Bersalin. Beliau pernah nasihatkan aku start makan produk-produk ni lepas minggu ke-2. Sebab? Takut anak kena jaundis. Tapi, memang best phytonatal ni, kalau takut nak membuang lepas bersalin atau ada masalah sembelit, insyaAllah ia dapat membantu dan mengembalikan senyuman manis dibibir anda. Hik..hik.. Berat badan pun cepat je turun, malah kurang dari berat sebelum mengandung dulu.

So far, no comment pasal akar herbanika sebab aku masih culas nak minum... Dok suh mak mertua aku je minum.... Hehehehe...

InsyaAllah kalau ada rezeki, anak ke-3 nanti mungkin nak gunakan produk yang sama la.... Cait cam promote plak. Huhuhu

Thursday, May 30, 2013

Hadiah hari ibu - Bersalin anak ke-2

Alhamdulillah.. hari ni genap 15 hari aku berpantang anak kedua. Betullah kata orang, setiap anak lain pengalaman bersalin biarpun ibunya sama...

Meh aku cite sikit pengalaman aku bersalin kali ni.  Tipu la kalau aku katakan aku tak rasa berdebar dan takut menanti kelahiran kedua ni. Ramai orang kata,eleh Ros rileks la kan dah ada pengalaman sebelum ni. Ya ampun.... sebab dah ada pengalaman la aku lagi runsing. Dah tau camna sakit dia, camna nak tempuh pantangnya...huhuhu...

Disebabkan masa anak pertama dulu aku siap-siap ke hospital berdasarkan arahan, tanpa rasa atau tanda apa-apa.boleh baca entri aku sebelum ni pengalaman-bersalin-2010. Tapi kali ni aku selalu rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh. kontraksi ke eh? Hari-hari gak la bergaduh ngan en. hbubby pasal ni. Aku tak tau cmna kontraksi tu tapi hari-hari dok tanya en. hubby, dia lagi la tak tahu...adoiyai...

Jadila aku pengoogle paling tegar mencari makna sakit kontraksi nak bersalin walaupun aku tahu tiap orang mempunyai sakit yang berbeza. Sampai la aku dah masuk 39 minggu baru la aku rasa dan faham makna kontraksi tu..huhuhu..

Sabtu 11/05/13

En. hubby bawa aku ke hospital sungai buloh sebab malam tu kontraksi aku makin kerap. boleh dikatakan setiap 5-10 minit sekali. Lagipun dah ada tanda stain kat pad aku... insyaAllah mesti dah ada bukaan.  Yakin tu, sebab anak sulong x sakit pun dah buka 3cm kan..

Sampai je terus register pastu dibawa masuk tuk check jantung baby ngan bukaan. Sangat terkejut sebab agak ramai orang kat dalam tu. siap ada yang dah tunggu semalaman. wah wad penuh rupanya, baru aku teringat masa register tadi nurse ada bagitau. gila cuak aku rasa kalau la aku kena duduk kat kerusi masa tahan sakit nanti. Tapi bising pun tak guna, lepas check bukaan, boleh pulak x buka lagi. Apa lagi dapat discharge la kan...

Jadi, aku ngan en. hubby pun decide pergi The Store jalan-jalan cari gift untuk hari ibu buat mak mertuaku yang datang jauh dari Sabah. Masa jalan-jalan aku banyak terberhenti sebab sakit sangat pinggang dan peha. Wah cam kontraksi ni. teringat masa sakit bersalinkan Medina. Lastly aku surrender, beli baju tak sempat pulak nak cari tudung. Tak pe kot dapat bagi gift yang lagi besar kan..ahaks

Balik tu memang aku dah rasa lain macam, kontraksi tiap 3-5 minit. so en.hubby ajak g hospital tapi aku tak nak lagi sebab cam baru je check,, malas r..mesti buka pun dalam 1-2 cm je kot.

Tapi bila dah jam 11.00 malam aku raa makin kuat sakit dia, terus setuju g hospital. Kali ni kami ke hospital selayang. Sampai pun dah tak larat nak jalan, dan hospital selayang pun dah tak cukup katil. uwwaaa... pasrah je la. dah sakit wooo

Lepas register aku disuruh masuk untuk check jantung baby dan bukaan..again... adoiyai.. aku jadi risau sebab doktor  nampak kelam kabut dengan graf jantung baby aku.siap panggil boss (ketua doktor malam tu) lagi. alamak kenapa ni. rasa cam nak nangis. Bila boss datang, terus check bukaan dah 4cm, dan ketuban pun pecah. automatically aku dapat la check in katil tersebut. huhuhu..rezeki dari Allah.


Ahad 12/05/13

Makin lama kontraksi makin terasa. aku sampai rasa nak menjerit tapi alhamdulillah, Allah masih beri aku kekuatan. Terdengar jeritan dari katil-katil sebelah buat aku makin risau. Mampukah aku bertahan ni. sebab aku dah sampai tahap nak meneran tapi doktor kata masih 4cm tak boleh teran nanti berlaku pendarahan dalaman. Adoi, biar betul, dh 3 jam takkan masih 4cm. Aku memang dah tak boleh tahan lagi. Sekali datang doktor, tanya sama ada aku ada rasa nak meneran tak.. Aku jawab la ada...rupanya memang dah fully open. Terus aku dibawa ke LB. Tedengar diorang panggil en. Hubby tapi aku masih tak nampak muka dia sampai dh masuk ke LB. Aiyark en. Hubby tidur ker?

Sampai je di LB, aku terus push sebab kepala baby memang dah nampak. Masa tu la en hubby masuk. JM suruh aku pegang kaki masa nak push, tapi aku masih tak kuat dan baby asik la keluar masuk kepala dia. Terus aku capai tangan hubby dan push, alhamdulillah berkat kasih sayang dan kekuatan hubby yang Allah salurkan, akhirnya keluar la putera kami, Aqeel Hafiy... Kalau kakak dia lahir terus poo-poo yang adik dah siap pee-pee plak...

Hadiah sempena hari ibu yang akan aku kenang sampai bila-bila. Tapi yang bestnya, aku senang nak ingat birthday anak-anak aku. Kalau Medina, jatuh pada April Fool, Aqeel plak pada hari ibu...

Hilang segala sakit dan sekali lagi aku buat deal ngn en hubby, cukup la 2 org je...huhuhu