Sedar tak sedar kandungan aku kali ni dah masuk 32 minggu. Sekejap je masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nak menyambut kelahiran seorang lagi umat Muhammad S.A.W.
Hati ni berdebar je..bukan apa, risau baby keluar awal je ni. Bukan la aku tak suka tapi MIL aku akan fly dari Sabah pun awal bulan 5... masa tu aku dah nak masuk 38 minggu. Medina camne kalau aku sakit tetiba tengah malam. Nekad beli tiket baru la kan... Tapi sian pula kat FIL aku duduk sendiri kat Sabah. Minta maaf la ye mama sama bapak.. terpaksa minta tolong juga ni... hehehe
dalam menghitung hari ni, teringat sesangat masa nak bersalinkan Medina 2 tahun lepas. Alhamdulillah segalanya sangat mudah. Syukur sangat-sangat. Kenapa aku kata mudah??? Meh aku story sikit eh..
31 Mac 2010 -
Pagi - ada check up di klinik Kesihatan Kelana Jaya. Wah happy je sebab nurse kata semua ok. Apa lagi dengan riang gembira aku pun mencari nasi lemak dan nescafe tarik..wah favorite tuh... Setel sarapan, balik dan sambung tidur.
Tengahari - Layan bertelefon dengan adik aku, tak sudah-sudah dengan gembira dia bagitau, seisi keluarga telah mendoakan aku lahirkan Medina pada April Fool. Huh sungguh tak best sekali. Tapi risau gak sebab diorang punya la yakin aku akan bersalin besok. Huhuhu... Demi tak nak fikir aku keluar ambik en hubby dan cari makan di Giant Kelana Jaya. Release stress konon.
Malam - Masih segar dan aktif... Siap teringin makan kerang bakar lagi... tengah-tengah makan, en hubby call my FIL, borak-borak la pasal kandungan aku. Sungguh tak sangka, my FIL pun turut mendesak en hubby bawa aku pergi hospital pagi besok. Sangat yakin aku akan bersalin. Aku dengan en hubby gelak je, mungkin keluarga di Sabah risau sangat kot sebab semua kan jauh.
1 April 2010
Pagi & Tengahari - (sebab tengahari aku baru bagun) Dapat call dari adik ipar, kata FIL suruh pergi hospital juga. Aku cakap la en hubby kerja (aku yang paksa benarnya). So balik lunch en hubby tanya camna? Aku cakap, boleh la nak pergi tapi lepas dia balik solat Jumaat la. Memang langsung tak ada apa-apa tanda lagi.
Lepas solat Jumaat - Kitorang masukkan barang dalam kereta dalam jam 3.00 pm masa tu. Dah siap semua, nak tutup pintu rasa cam nak buang air kecil lak. So, masuk jap. Tetiba ada bunyi 'POP' tengok-tengok ada darah. Terus panggil en hubby bagitau ada darah. So, dia tanya sakit tak, tak pon aku cakap. Siap-siap terus ke Hospital Selayang.
Dalam perjalanan tu memang tak rasa sakit, siap boleh check lagi list yang ada. Aku cakap kat en hubby, kalau tak kena warded, ingat nak singgah JJ Metro Prima sebelum pergi rumah abah aku di Kepong. Uiks sempat lagi tuh nak shopping..hahahhahaaa...
Sampai je hospital, lebih kurang jam 5.00 pm. En hubby nak drop aku dekat lobi, tapi aku tak nak. Nak ikut pergi parking jugak. Keluar je dari kereta, tetiba air ketuban akku pulak pecah. Jadi sepanjang dari parking tu sampai ke lift memang tak berhenti air aku keluar.
Sampai je di kaunter pendaftaran, diorang suruh aku masuk dan check bukaan.. Wah sudah 3 cm, tapi doktor tu pelik tengok aku masih tak sakit. Boleh berjalan-jalan dan gelak-gelak lagi. Nurse nak masukkan aku dalam wad tapi doktor tu bertegas nak aku masuk labour room. Alhamdulillah ada kosonng, so terus la aku check-in dalam bilik bersalin tu dalam jam 6.00pm.
Masa ni aku frust sikit sebab rancagan nak g JJ terpaksa dibatalkan, malah aku amat yakin sepanjang tempoh berpantang aku sure tak boleh jejak kaki aku kat sana. Tepat Jam 8.00pm, doktor yang check bukaan aku tadi masuk, dia tanya dah sakit tak? aku cakap belum lagi.. aik, dh induce puun tak sakit??? terus dia rujuk dengan nrse-nurse kat situ. Rupanya aku belum di induce lagi daaa... Bila dh masuk ubat, doktor tu cakap, pasni nanti awak sakit tau.. kalau tak bersalin gak sebelum jam 12.00am, kena c-zer... gila cuak aku dengar.
Jam 10, doktor tadi masuk lagi tanya sakit tak. Bila tengok keadaan aku yang dah separuh nyawa, boleh plak dia kata... "haa baru betul, baru boleh bersalin" sabar je la... Memang masa ni aku dah start rasa kontraksi yang melampau. Nasib baik dapat ubat tahan sakit, jadi kurang sikit sebab kerap tertidur kan.Masa ni en hubby sering mengusap belakang aku bagi mengurangkan kesakitan. Aku siap pesan pada en hubby, "bang, anak sorang cukup la ye. Pleassseeeee!!!". En hubby setuju je sebab kesian tengok keadaan aku masa tu.
Tapi rupanya,kesan ubat tadi tak berapa elok. Kenapa aku cakap camtu? Mana taknya sepanjang hampir sejam aku bertarung untuk bersalin, aku rasa lemah sangat. Terutama masa kepala Medina dah keluar. Aku terus tersandar dan cakap aku tak boleh dah. Memang nak tidur je rasa. Tapi kena marah dengan sorang nurse ni. Dia ingatkan aku yang aku sedang abaikan satu nyawa. terus aku push.. dan nasib baik nurse sorang lagi tu bertindak pantas menolak doktor pelatih yang terhegeh-hegeh tak tau buat apa. Alhamdulillah sekali push terus meluncur keluar puteri yang kami nanti-nanti.
Alhamdulillah, Medina selamat dilahirkan pada jam 11.03 pm. Tangisan pertama membuatkan segala sakit aku hilang. Terharu sangat, nurse yang marah tadi pun lega je nampak muka dia. Thanks sangat-sangat sebab marah aku Pn. nurse, memang membantu. Medina dibawa untuk dibersihkan sementara aku mendapat rawatan susulan.
Setelah semua selesai, nurse memberikan Medina pada en hubby untuk di qamatkan. Ya Allah...sungguh besar kuasaMu, tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Dan pada en hubby aku katakan pada dia "Abang, lepasni rasanya boleh kot sorang lagi..." huhuhuhuu...
Dalam jam 3.30 pagi baru aku dibawa masuk ke wad. Yang kesiannya, en hubby yang perlu bawa tembuni dari hospital ke Kepong pagi-pagi buta, sensorang pulak tu.. Cuak gak. Alhamdulillah semua selamat.
No comments:
Post a Comment