Saturday, April 6, 2013

Perginya seorang sahabat...

Dalam gelak tawa bersama sahabat-sahabat sabtu lalu aku meraikan ulangtahun kelahiran Medina, tidak aku sangka ada ujian yang akan ditempuhi oleh sahabatku Hanani. 

Selasa lalu aku dikejutkan dengan panggilan yang tidak aku duga. Suami kepada sahabat baik aku telah pulang ke rahmatullah pada hari Isnin bersamaan 01 April 2013. Pemergian yang agak mengejut pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam buat sahabatku Nani dan seluruh keluarganya.

Dari apa yang aku tahu arwah mula mengadu sakit dada dan tiba-tiba rebah. Dari hasil post-moterm tidak ada apa-apa yang boleh dijadikan punca kematian. Benarlah ajal tidak mengira usia, sakit ataupun tidak.
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana. Al-Fatihah buat Arwahyarham Sahrul Azhan Bin Samsuddin...

Buat sahabatku Nani :

Aku tahu amat mudah untuk aku mengucapkan kata-kata,
Pasti lebih sukar untuk kau memikulnya,
Tawa kita semalam lenyap sekelip mata,
kau di duga sedang kau belum sedia...

Pedih kami melihat airmata kau Nani,
Perit lagi kau menyusun langkah,
Memperjuangkan amanat yang ditinggalkan,
Menghitung detik bila akan tertunai,

Tabahkan hatimu sahabat,
Kuatkan imanmu,
Aku pasti kau tidak sendiri,
InsyaAllah kami ada disisi,

Bangunlah teman, Bangkitlah kawan,
Permatamu ada sebagai penawar,
Senyuman terukir bukanlah beban,
Penguat semangatmu agar tidak kau rebah.

Teruskah langkahmu, jangan kau undur,
Kini kaulah wira anak-anakmu,
Untuk dipinjam kekuatan dan harapan,
Demi meneruskan sebuah kehidupan,

Andai rasa semangatmu lemah,
Kami ada sebagai pendengar,
Jangan kau pendam lara hati,
Kerna kami masih ingin lihat kau berlari.


Aku tahu, bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Aku sendiri telah melaluinya dan aku sendiri pernah rebah. Kehilangan ibu tercinta, ayah tersayang dan teman yang mesra. Tapi percayalah Allah lebih tahu apa yang kita mampu... Aku tahu kau kuat dan kau juga mampu hadapi ujian ini. Semoga rahmat Allah sentiasa ada bersamamu sahabat...







No comments: