Friday, May 31, 2013
Berpantang dengan Set Bersalin Nona Roguy
Setelah berbulan-bulan menggoogle dan bergaduh dengan en. hubby, akhirnya aku nekad nak guna produk yang sama. Plan nak ambik phytonatal, minyak herbanika dengan krim barut je. Bukan apa, sebelum ni aku beli akar herbanika, dari 15 paket sampai sekarang masih ada 13 paket dalam simpanan. Huhuhu... Memang tak boleh kompromi kalo kena minum teh herba ni.
Alhamdulillah, rezeki aku tiba bila kakak aku dengan murah hati nak sponsor set bersalin Nona Roguy. Sangat teruja ok. Siap pasang angan-angan akan menggunakan produk yang ada sebaik mungkin... Konon...
Memula aku gunakan produk luaran dulu, seperti herbanika lulur, minyak herbanika dan krim barut. Aku ni bukan la orang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi jadi pakai pun mana yang sempat je. Melulur pun ala kadar tapi terus terang cakap, memang best. Sebab lepas bersalin rasa badan kita cam letih dan sembab. Tapi lepas melulur rasa segar dan lembut jer...
Lepas je mandi, aku akan sapu minyak herbanika ke seluruh badan, kalau anak-anak aku tak menjerit la. Sebab aku tak berani pakai param pantang kali ni sebab nanti serbuk berterabur kena baby. Lagi pula aku baca yang minyak herbanika ini mempunyai fungsi yang sama seperti param dan pilis. Tapi aku lebih suka gunakan minyak berubat herba NR dan memakai pilis yang bancuh sendiri. Sebab pada aku minyak ni lebih panas dan berangin. Manakala pilis memang mengurangkan masalah sakit kepala aku yang tak baik-baik sejak hari ke-3 aku berpantang.
Okeh... Meh aku share pasal phytonatal plak. Aku tak makan awal-awal sebab takut baby kena jaundis. Kebetulan pulak nurse yang datang kata anak aku ada jaundis dan hampir kena tahan wad. Takpe-takpe nanti aku cerita pada entri lain eh. Kalau korang biasa tanya pakcik google, mesti korang amat kenal dengan Kak Engku Bidan Bersalin. Beliau pernah nasihatkan aku start makan produk-produk ni lepas minggu ke-2. Sebab? Takut anak kena jaundis. Tapi, memang best phytonatal ni, kalau takut nak membuang lepas bersalin atau ada masalah sembelit, insyaAllah ia dapat membantu dan mengembalikan senyuman manis dibibir anda. Hik..hik.. Berat badan pun cepat je turun, malah kurang dari berat sebelum mengandung dulu.
So far, no comment pasal akar herbanika sebab aku masih culas nak minum... Dok suh mak mertua aku je minum.... Hehehehe...
InsyaAllah kalau ada rezeki, anak ke-3 nanti mungkin nak gunakan produk yang sama la.... Cait cam promote plak. Huhuhu
Thursday, May 30, 2013
Hadiah hari ibu - Bersalin anak ke-2
Meh aku cite sikit pengalaman aku bersalin kali ni. Tipu la kalau aku katakan aku tak rasa berdebar dan takut menanti kelahiran kedua ni. Ramai orang kata,eleh Ros rileks la kan dah ada pengalaman sebelum ni. Ya ampun.... sebab dah ada pengalaman la aku lagi runsing. Dah tau camna sakit dia, camna nak tempuh pantangnya...huhuhu...
Disebabkan masa anak pertama dulu aku siap-siap ke hospital berdasarkan arahan, tanpa rasa atau tanda apa-apa.boleh baca entri aku sebelum ni pengalaman-bersalin-2010. Tapi kali ni aku selalu rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh. kontraksi ke eh? Hari-hari gak la bergaduh ngan en. hbubby pasal ni. Aku tak tau cmna kontraksi tu tapi hari-hari dok tanya en. hubby, dia lagi la tak tahu...adoiyai...
Jadila aku pengoogle paling tegar mencari makna sakit kontraksi nak bersalin walaupun aku tahu tiap orang mempunyai sakit yang berbeza. Sampai la aku dah masuk 39 minggu baru la aku rasa dan faham makna kontraksi tu..huhuhu..
Sabtu 11/05/13
En. hubby bawa aku ke hospital sungai buloh sebab malam tu kontraksi aku makin kerap. boleh dikatakan setiap 5-10 minit sekali. Lagipun dah ada tanda stain kat pad aku... insyaAllah mesti dah ada bukaan. Yakin tu, sebab anak sulong x sakit pun dah buka 3cm kan..
Sampai je terus register pastu dibawa masuk tuk check jantung baby ngan bukaan. Sangat terkejut sebab agak ramai orang kat dalam tu. siap ada yang dah tunggu semalaman. wah wad penuh rupanya, baru aku teringat masa register tadi nurse ada bagitau. gila cuak aku rasa kalau la aku kena duduk kat kerusi masa tahan sakit nanti. Tapi bising pun tak guna, lepas check bukaan, boleh pulak x buka lagi. Apa lagi dapat discharge la kan...
Jadi, aku ngan en. hubby pun decide pergi The Store jalan-jalan cari gift untuk hari ibu buat mak mertuaku yang datang jauh dari Sabah. Masa jalan-jalan aku banyak terberhenti sebab sakit sangat pinggang dan peha. Wah cam kontraksi ni. teringat masa sakit bersalinkan Medina. Lastly aku surrender, beli baju tak sempat pulak nak cari tudung. Tak pe kot dapat bagi gift yang lagi besar kan..ahaks
Balik tu memang aku dah rasa lain macam, kontraksi tiap 3-5 minit. so en.hubby ajak g hospital tapi aku tak nak lagi sebab cam baru je check,, malas r..mesti buka pun dalam 1-2 cm je kot.
Tapi bila dah jam 11.00 malam aku raa makin kuat sakit dia, terus setuju g hospital. Kali ni kami ke hospital selayang. Sampai pun dah tak larat nak jalan, dan hospital selayang pun dah tak cukup katil. uwwaaa... pasrah je la. dah sakit wooo
Lepas register aku disuruh masuk untuk check jantung baby dan bukaan..again... adoiyai.. aku jadi risau sebab doktor nampak kelam kabut dengan graf jantung baby aku.siap panggil boss (ketua doktor malam tu) lagi. alamak kenapa ni. rasa cam nak nangis. Bila boss datang, terus check bukaan dah 4cm, dan ketuban pun pecah. automatically aku dapat la check in katil tersebut. huhuhu..rezeki dari Allah.
Ahad 12/05/13
Makin lama kontraksi makin terasa. aku sampai rasa nak menjerit tapi alhamdulillah, Allah masih beri aku kekuatan. Terdengar jeritan dari katil-katil sebelah buat aku makin risau. Mampukah aku bertahan ni. sebab aku dah sampai tahap nak meneran tapi doktor kata masih 4cm tak boleh teran nanti berlaku pendarahan dalaman. Adoi, biar betul, dh 3 jam takkan masih 4cm. Aku memang dah tak boleh tahan lagi. Sekali datang doktor, tanya sama ada aku ada rasa nak meneran tak.. Aku jawab la ada...rupanya memang dah fully open. Terus aku dibawa ke LB. Tedengar diorang panggil en. Hubby tapi aku masih tak nampak muka dia sampai dh masuk ke LB. Aiyark en. Hubby tidur ker?
Sampai je di LB, aku terus push sebab kepala baby memang dah nampak. Masa tu la en hubby masuk. JM suruh aku pegang kaki masa nak push, tapi aku masih tak kuat dan baby asik la keluar masuk kepala dia. Terus aku capai tangan hubby dan push, alhamdulillah berkat kasih sayang dan kekuatan hubby yang Allah salurkan, akhirnya keluar la putera kami, Aqeel Hafiy... Kalau kakak dia lahir terus poo-poo yang adik dah siap pee-pee plak...
Hadiah sempena hari ibu yang akan aku kenang sampai bila-bila. Tapi yang bestnya, aku senang nak ingat birthday anak-anak aku. Kalau Medina, jatuh pada April Fool, Aqeel plak pada hari ibu...
Hilang segala sakit dan sekali lagi aku buat deal ngn en hubby, cukup la 2 org je...huhuhu
Saturday, April 6, 2013
Perginya seorang sahabat...
Selasa lalu aku dikejutkan dengan panggilan yang tidak aku duga. Suami kepada sahabat baik aku telah pulang ke rahmatullah pada hari Isnin bersamaan 01 April 2013. Pemergian yang agak mengejut pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam buat sahabatku Nani dan seluruh keluarganya.
Dari apa yang aku tahu arwah mula mengadu sakit dada dan tiba-tiba rebah. Dari hasil post-moterm tidak ada apa-apa yang boleh dijadikan punca kematian. Benarlah ajal tidak mengira usia, sakit ataupun tidak.
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana. Al-Fatihah buat Arwahyarham Sahrul Azhan Bin Samsuddin...
Buat sahabatku Nani :
Aku tahu amat mudah untuk aku mengucapkan kata-kata,
Pasti lebih sukar untuk kau memikulnya,
Tawa kita semalam lenyap sekelip mata,
kau di duga sedang kau belum sedia...
Pedih kami melihat airmata kau Nani,
Perit lagi kau menyusun langkah,
Memperjuangkan amanat yang ditinggalkan,
Menghitung detik bila akan tertunai,
Tabahkan hatimu sahabat,
Kuatkan imanmu,
Aku pasti kau tidak sendiri,
InsyaAllah kami ada disisi,
Bangunlah teman, Bangkitlah kawan,
Permatamu ada sebagai penawar,
Senyuman terukir bukanlah beban,
Penguat semangatmu agar tidak kau rebah.
Teruskah langkahmu, jangan kau undur,
Kini kaulah wira anak-anakmu,
Untuk dipinjam kekuatan dan harapan,
Demi meneruskan sebuah kehidupan,
Andai rasa semangatmu lemah,
Kami ada sebagai pendengar,
Jangan kau pendam lara hati,
Kerna kami masih ingin lihat kau berlari.
Aku tahu, bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Aku sendiri telah melaluinya dan aku sendiri pernah rebah. Kehilangan ibu tercinta, ayah tersayang dan teman yang mesra. Tapi percayalah Allah lebih tahu apa yang kita mampu... Aku tahu kau kuat dan kau juga mampu hadapi ujian ini. Semoga rahmat Allah sentiasa ada bersamamu sahabat...
Tuesday, March 26, 2013
Pengalaman bersalin 2010
Hati ni berdebar je..bukan apa, risau baby keluar awal je ni. Bukan la aku tak suka tapi MIL aku akan fly dari Sabah pun awal bulan 5... masa tu aku dah nak masuk 38 minggu. Medina camne kalau aku sakit tetiba tengah malam. Nekad beli tiket baru la kan... Tapi sian pula kat FIL aku duduk sendiri kat Sabah. Minta maaf la ye mama sama bapak.. terpaksa minta tolong juga ni... hehehe
dalam menghitung hari ni, teringat sesangat masa nak bersalinkan Medina 2 tahun lepas. Alhamdulillah segalanya sangat mudah. Syukur sangat-sangat. Kenapa aku kata mudah??? Meh aku story sikit eh..
31 Mac 2010 -
Pagi - ada check up di klinik Kesihatan Kelana Jaya. Wah happy je sebab nurse kata semua ok. Apa lagi dengan riang gembira aku pun mencari nasi lemak dan nescafe tarik..wah favorite tuh... Setel sarapan, balik dan sambung tidur.
Tengahari - Layan bertelefon dengan adik aku, tak sudah-sudah dengan gembira dia bagitau, seisi keluarga telah mendoakan aku lahirkan Medina pada April Fool. Huh sungguh tak best sekali. Tapi risau gak sebab diorang punya la yakin aku akan bersalin besok. Huhuhu... Demi tak nak fikir aku keluar ambik en hubby dan cari makan di Giant Kelana Jaya. Release stress konon.
Malam - Masih segar dan aktif... Siap teringin makan kerang bakar lagi... tengah-tengah makan, en hubby call my FIL, borak-borak la pasal kandungan aku. Sungguh tak sangka, my FIL pun turut mendesak en hubby bawa aku pergi hospital pagi besok. Sangat yakin aku akan bersalin. Aku dengan en hubby gelak je, mungkin keluarga di Sabah risau sangat kot sebab semua kan jauh.
1 April 2010
Pagi & Tengahari - (sebab tengahari aku baru bagun) Dapat call dari adik ipar, kata FIL suruh pergi hospital juga. Aku cakap la en hubby kerja (aku yang paksa benarnya). So balik lunch en hubby tanya camna? Aku cakap, boleh la nak pergi tapi lepas dia balik solat Jumaat la. Memang langsung tak ada apa-apa tanda lagi.
Lepas solat Jumaat - Kitorang masukkan barang dalam kereta dalam jam 3.00 pm masa tu. Dah siap semua, nak tutup pintu rasa cam nak buang air kecil lak. So, masuk jap. Tetiba ada bunyi 'POP' tengok-tengok ada darah. Terus panggil en hubby bagitau ada darah. So, dia tanya sakit tak, tak pon aku cakap. Siap-siap terus ke Hospital Selayang.
Dalam perjalanan tu memang tak rasa sakit, siap boleh check lagi list yang ada. Aku cakap kat en hubby, kalau tak kena warded, ingat nak singgah JJ Metro Prima sebelum pergi rumah abah aku di Kepong. Uiks sempat lagi tuh nak shopping..hahahhahaaa...
Sampai je hospital, lebih kurang jam 5.00 pm. En hubby nak drop aku dekat lobi, tapi aku tak nak. Nak ikut pergi parking jugak. Keluar je dari kereta, tetiba air ketuban akku pulak pecah. Jadi sepanjang dari parking tu sampai ke lift memang tak berhenti air aku keluar.
Sampai je di kaunter pendaftaran, diorang suruh aku masuk dan check bukaan.. Wah sudah 3 cm, tapi doktor tu pelik tengok aku masih tak sakit. Boleh berjalan-jalan dan gelak-gelak lagi. Nurse nak masukkan aku dalam wad tapi doktor tu bertegas nak aku masuk labour room. Alhamdulillah ada kosonng, so terus la aku check-in dalam bilik bersalin tu dalam jam 6.00pm.
Masa ni aku frust sikit sebab rancagan nak g JJ terpaksa dibatalkan, malah aku amat yakin sepanjang tempoh berpantang aku sure tak boleh jejak kaki aku kat sana. Tepat Jam 8.00pm, doktor yang check bukaan aku tadi masuk, dia tanya dah sakit tak? aku cakap belum lagi.. aik, dh induce puun tak sakit??? terus dia rujuk dengan nrse-nurse kat situ. Rupanya aku belum di induce lagi daaa... Bila dh masuk ubat, doktor tu cakap, pasni nanti awak sakit tau.. kalau tak bersalin gak sebelum jam 12.00am, kena c-zer... gila cuak aku dengar.
Jam 10, doktor tadi masuk lagi tanya sakit tak. Bila tengok keadaan aku yang dah separuh nyawa, boleh plak dia kata... "haa baru betul, baru boleh bersalin" sabar je la... Memang masa ni aku dah start rasa kontraksi yang melampau. Nasib baik dapat ubat tahan sakit, jadi kurang sikit sebab kerap tertidur kan.Masa ni en hubby sering mengusap belakang aku bagi mengurangkan kesakitan. Aku siap pesan pada en hubby, "bang, anak sorang cukup la ye. Pleassseeeee!!!". En hubby setuju je sebab kesian tengok keadaan aku masa tu.
Tapi rupanya,kesan ubat tadi tak berapa elok. Kenapa aku cakap camtu? Mana taknya sepanjang hampir sejam aku bertarung untuk bersalin, aku rasa lemah sangat. Terutama masa kepala Medina dah keluar. Aku terus tersandar dan cakap aku tak boleh dah. Memang nak tidur je rasa. Tapi kena marah dengan sorang nurse ni. Dia ingatkan aku yang aku sedang abaikan satu nyawa. terus aku push.. dan nasib baik nurse sorang lagi tu bertindak pantas menolak doktor pelatih yang terhegeh-hegeh tak tau buat apa. Alhamdulillah sekali push terus meluncur keluar puteri yang kami nanti-nanti.
Alhamdulillah, Medina selamat dilahirkan pada jam 11.03 pm. Tangisan pertama membuatkan segala sakit aku hilang. Terharu sangat, nurse yang marah tadi pun lega je nampak muka dia. Thanks sangat-sangat sebab marah aku Pn. nurse, memang membantu. Medina dibawa untuk dibersihkan sementara aku mendapat rawatan susulan.
Setelah semua selesai, nurse memberikan Medina pada en hubby untuk di qamatkan. Ya Allah...sungguh besar kuasaMu, tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Dan pada en hubby aku katakan pada dia "Abang, lepasni rasanya boleh kot sorang lagi..." huhuhuhuu...
Dalam jam 3.30 pagi baru aku dibawa masuk ke wad. Yang kesiannya, en hubby yang perlu bawa tembuni dari hospital ke Kepong pagi-pagi buta, sensorang pulak tu.. Cuak gak. Alhamdulillah semua selamat.
Wednesday, March 20, 2013
Lahad Datu Dan Kita
Kewujudan mereka digelar 'anjing'... kematian mereka diibaratkan 'sandiwara'... jasa mereka diperlekehkan. Tapi siapa pula kita? bukankah kejadian mereka juga dari Adam dan Hawa, semulia-mulia makhluk ciptaan Allah sama macam kita, cuma beza mereka itu berani bertindak tapi kita hanya berani berkata-kata. Mereka tenang menghadap pencipta sedang kita terus mencaci hina sedang belum tentu mulia mati kita nanti.
Bukan mudah hendak jadi anggota keselamatan ni, sebab arwah abah pernah warning tiap kali aku melahirkan hasrat untuk memgikuti jejak langkahnya. Jadi, aku memang sangat respect pada mereka yang sanggup menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan negara kita.
Cuma aku terfikir, sampai bila kita perlu berbalah camni ek??? Siapa yang mendapat keuntungan dengan sikap terburu-buru kita??? Tepuk dada tanya selera.
Friday, June 15, 2012
Prihatin
Thursday, June 14, 2012
Aku yang terlupa...
Nasib baik permainan yang Medina main tu dah berhenti.. selamat aku.. baru nak bangun tetiba Medina tekan sendiri button tu, dan permainan dia bergerak balik.. aiyark. bukan apa takut terkena nanti..he3
MC : Amboi, kecik lagi dah pandai tekan sendiri. Berapa umur ni?
Aku : Setahun dua bulan.
MC : Anak ni anugerah Allah, jaga la baik2. Tak semua orang dapat rezeki ni. Anak ni ibarat kain putih dan kita yang akan corakkan. Kena kreatif dan sabar. Biar sibuk mana pun kita kerja, anak kena bagi keutamaan. Jangan sibuk cari duit je, anak terabai. Duit banyak, tapi belum tentu kita dapat baiki corak kain yang dah berserabut tu nanti...
Aku terkesima, teringat kata-kata arwah mak aku dulu, hampir sama. Kalau la arwah ada, rasa seperti dipinjamkan sekejap mak cik ni untuk meredakan hati aku. terima kasih atas pesan mak cik. Sebagai ingatan kepada nasihat yang aku hampir terlupa...
Wednesday, June 13, 2012
Aku yang makin rajin..
Alhamdulillah, nak kata ikut sangat program diet ni memang la tak 100%. Sebab kami minum shake hanya sekali sehari. Tapi malam, aku cuba kuatkan semangat untuk tak makan benda yang heavy. so bermacam-macam jenis buah ada dalam peti.. kalau rajin aku buat salad buah, kalau tak, makan camtu je la... Walaupun berat tak la turun banyak, tapi aku rasa makin cergas dan tak ada sakit tumit lagi.
Tapi aku selalu berebut nak minum dengan ini budak...
Monday, June 11, 2012
Miliki Rumah Sendiri..
Jangan...
Tapi dulu aku pernah dengar pasal didikan pada anak ni. Kita sekali-kali tak boleh sebut perkataan JANGAN pada anak. Contoh : "JANGAN panjat katil" , "JANGAN pukul adik" dan sebagainya. Sebab, nanti anak2 akan tertanya sendiri, kenapa tak boleh, kalau buat apa jadi? so kita lebih digalakkan untuk berkata "Medina, main kat bawah yer, atas tu bahaya" , "Medina, sayang adik, kalau pukul adik sakit nanti"
Tapi apapun, aku masih sukar untuk mengaplikasikan perkara tu..dah terbiasa dengan perkataan JANGAN tu...
Sunday, June 10, 2012
Sarapan Pagi Menu Herbalife
Jadi, dengan tahap kesedaran yang maksima ni,aku telah terpengaruh dengan produk herbalife.. berlubang poket aku.. tapi demi kesihatan aku rasa nilai dia lebih rendah jika dibandingkan dengan fungsinya. kalau aku boleh perabih berpuluh2 ringgit makan fast food yang sedapnya tak sampai 1 hari, tapi sedikit memudaratkan enjin badan aku, kenapa aku perlu berkira untuk servis balik badan aku?
Jadi, beberapa ni aku mulakan sarapan dengan Aloe Vera Concenterate, Teamix dan shake. Alhamdulillah, memang berbaloi-baloi. Cuma aku masih cepat lapar lagi, tapi bila nak makan, tak dapat nak sumbat banyak...mungkin masih baru kot, belum dapat suaikan diri dari tergoda melilhat makanan..uhuks
![]() |
| Herbalife Teamix, F1 dan F3 |
Harapan aku, semoga aku dan suami dapat meneruskan program ni dan mengurangkan pengambilan makanan yang boleh merosakan sistem enjin aku ni.. cukuplah aku pening nak baiki Savvy aku tu jer...
Monday, September 21, 2009
Al-Fatihah
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
semalam aku tdo jek... x sanggup rasanya nk mengingati hari pemergian Arwah...
rs spt baru smlm sume ni berlaku...apa yang pasti aku kne redha supaya rohnya aman dan tenteram disana....
--> masih merinduinya...
Thursday, August 6, 2009
Al-Fatihah buat ibuku
Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh mu serta mak di letakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di tempatkan di sisinya...
Mak...
dalam melalui liku-liku hidup ini,
anakmu belajar menjadi kuat,
anakmu mengenali erti ketabahan,
kerana ia adalah tauladan darimu,
Mak,
dalam tiap tangisan anakmu,
tersemat segala pesan yang mak titipkan,
agar anakmu sentiasa teguh dan pasrah,
kerana katamu kita ini hanya pinjaman.
Mak,
anakmu cemburu pada mereka yang masih mempunyai ibu,
anakmu rindu akan belai serta tawa mu,
kerna di saat bersama anakmu kurang menghargainya.
Mak,
tiada daya anakmu lagi,
untuk melaksanakan tanggungjawab ke atasmu,
hanya sedekah dan doa yang mampu anakmu lakukan,
tanda bukti kasih yang ada takkan terpadam,
kenangan bersama tetapkan anakmu semat di hati.
Ya Allah...
Terima kasih atas kesempatan yang Kau berikan,
biarpun singkat masa,
namun aku pasrah dan aku yakin ibuku ada mendengar rintihan hati anaknya...
Ya Allah...
Kau ampunilah segala dosa-dosa ibuku,
Kau tempat kan la ibuku di kalangan para syahudah,
Kau terangilah rumahnya, Kau lapangkan lah pembaringannya,
Dan Kau permudahkan lah urusan ibuku di hari perbicaraan kelak...
Kerana Kau tempat kami berserah, dan kepada Kau kami bermohon...
Saturday, July 11, 2009
BLUR + TENSION
Jun hari tu aku ada kt umah dlm 3-4 hr jer, yg lain dok outstation... sib bek kuarga and "?" memahami...cume cedih x dpt ikut abah g Tangkak semalam, kalo x leh gak g melawat pusara yang dh lama aku x lawati... ari tu g melaka pn ingt nk singgah tp x sempat lg pun naik kete Bos..hu3
errmm.. no idea plak.. tdo jom!!!!
Friday, April 3, 2009
GaJi MaSuK!!!
so sbb dia pn nk main sama, akhirnya ni la hasilnya..on friday nite, biar pun ujan lebat n jalam jem gila, no idea y..
. but lastly we all sampai gak ke destinasi "Sunway Pyramid", dh hampir 7 bln aku x kesana...hu3.. so sad when pass by "J.Co"...

ayukan adik aku nih..hu3

habis makan we all go for bowling... dan inilah hasilnya bila "Ketam Mengajar Anaknya Berjalan"

penat2 pun memasing balik umah kul 2 gak!!!--> really miss someone...

Wednesday, April 1, 2009
LuaHaN HaTi
Dah lama aku wat bnda nie..but lately aku makin sayu jek...dunno y.
rndu? mmg aku rndu tp sape la aku tuk menagisi suratan nie..
so mmg xd byk ms nk update psl pnyiaran sbb bz skt terutama psl exploreDrive.. nt free aku update k..
so wat ms ni layan jer r apa yg ada...
Sayang
X ku duga pemergianmu
X ku pinta khilanganmu
Biar bibirku lancang berbicara
Namun tiada sebarang makna
Kini...
Kau pulang ke tempat asalmu
Bersama segaris snyuman
Mendamaikan hati
Yang sedang meruntun hiba
Saat berganti
Minit berdetik
Jam berpusing
Minggu bertukar
Bulan Menjelma
YA ALLAH...
6 bulan sudah waktu berlalu
Sedang aku msh menanti hadirnya kembali
Merindu sekuntum senyuman
Yang bisa membina kekuatanku
Mencari riang tawa
Agar ceria hariku
Mencuri sekepinng potret
Buat peneman lenaku
Tetapi...
Hari ini ku pinta kau pergi
Lepaskan aku dari sebuah janji
Lepaskan aku dari sebuah memori
Bukan bermakna aku mula membenci
Tidak sekali aku ingin melupai
Sekadar x sanggup menangisi
Kerna ingin kau tenang dsana bersemadi
Doaku saban hari
Hanya kau permata dhati
Namun jika itu bkn takdir Illahi
Ku pasti bidadarimu lebih cantik menanti
Sayang...
Air mata yg tidak pernah berhenti ini mnjadi saksi
Saksi atas usaha untuk bsamamu
Ingin sekali ku mnjadi bidadarimu
Menemani dan menceriakan hatimu
Tapi..aku hanya mampu berdoa tnda setia
Namun ku pasrah akan takdirNya
Kerna kau insan terpilih dan aku bkn terbaik buatmu
Andai 1 hari insan lain hadir dalam hidupku
Percayalah Sayang..
Dia bukan penggantimu
Sekadar pelengkap takdirku
Kerna telah ku khas tempatmu dilubuk hatiku yg paling dalam
--> kenangan terindah...
Friday, March 20, 2009
KeNaNGaN PeNYiaRaN 49 - NaMa GeLaRaN 1
memang kitorang suka memberi gelaran kt bdk2 sbb sng nk ngumpat..perghh bdosa siot..

mcm2 nama tmbul, tp kebanyakkan nama bermula dgn "Ah" dan di ikuti dgn nama ringkas gelaran.. sampaikan toilet pn aku bg nama gelaran gak.. Ah Toi konon supaya org x tau la kalo ada yg nk g memerut or wat any xtvt kt sana...

1 lg, korang (sbb x tmasuk aku) mmg pntg nmpak lelaki berdahi licin...
ada jek cite2 mnarik kuar smp terciptanya nama gelaran tuh.. ptt x aku sbt? he3.. 
--> 2 be continue
Thursday, March 19, 2009
Pada Siapa
sedang aku mencari teman bicara
Ku lihat langit tetap disitu
mengapa serasa langit menjauhiku
sedang hati sentiasa membisik rindu
menangis jiwa menahan sendu
mutiara ini ada nilainya
ku taburkan buat terpilih
demi sebuah kisah
kisah yg ku bawa ke alam lena
kisah yg ku rasa di alam jaga
pada siapa nk ku utuskan rinduku
pada siapa nk ku kirimkan salamku
pada siapa nk ku layarkan impianku
kerna dua alam berbeza memisahkan
izinkan ku kutip mimpi semalam
restukan aku menyimpan janji terindah
temaniku dalam mengatur langkah
kerna ku percaya
usaha ini belum berpenghujung
Tuesday, March 17, 2009
LePaS AziE..SuNiT PLaK BiKiN HaL...
dulu sebelah umah sewa tu, ada sebuah kuarga yg duduk, Pak Haji ngn Mak Haji. Tau la bebudak pompuan ni, sosial la sikit ble dh duk menyewa, tp sebab segan ngn kuarga ni, we all control2 alim gak r...

so ada 1 kejadian yg mencemarkan kedaulatan we all, ms tu tnggal Sunit ngan sape ntah bedua kt umah. so adalah org bagi salam..sore lelaki so ngn selamba Sunit jawab salam dr dapur (bz memasak kunun) 3x pakcik tu bg salam, Sunit ngn bengangnya siap ckp "masuk je la pintu x kunci tu" suasana sunyi..selang setengah jam tu aku pun balik ngn bodyguard2 aku, Ziah, Ida dan beberapa org lagi...
lepas bagi salam, tetiba kne sound ngn Sunit..."Ros, brp kali ko nk bg salam?"
errkk ... aku wat muka blur..
bodyguard2 aku lg blur..

ble plak aku bg salam byk kali?
tetiba muka Sunit berubah
smbl berkata... "alamak, aku rs pakcik sebelah umah la bg salam... sbb sblm tu nmpk pakcik tu kuar pagar umah dia..., ko la ni Ros suka lg wat sore lelaki.. aku ingt ko, mesti pakcik tu pk lain..."
.. x pasal2 aku yg x bsalah jd mangsa..Hampeh tol!!! Sejak tu aku dh x wat sore laki lagi dh... kan3? x hingat la sejak ble...
dan sejak tu jugak kita jd lebih baik dan sopan kan... gilak siot ajak pakcik tu msk umah bujang...
--> sore aku ayu tau!!!
Friday, March 13, 2009
SeJaRaH D PeNYiaRaN 49
insiden pe agaknya???

Ziah, ko x hingat ke zaman kat Jalan Penyiaran 49 pd tahun 1999 dulu? Ida yg dh ber baby pn lh ingat lg..teruk tol r ko nih...

ok2... berbalik cite asal.. ms tu we all seramai 8 org... aku, Ida, Ziah, Azie, Noni, Safrah, Sunit, Sue sbk g cybercafe kt Taman U sbb nk wat assignment
(rasanya aku jek wat, korang sume chatting..kan3?).. so sblm terlepas bas terakhir dan tokey CC pn cm nk mghalau kita, kita pn ngn berat ati berjalan pulang. Masa dalam bas ada plak mat2 moto yg terpandangkan kita yg tgh berdiri... jgn nk prasan, depa duk usha Safrah, Ida ngan Su jek.. tp sbb kita sume ada bersama terpaksa r kita melibatkan diri gak..hampeh tol..Yang x bsalah pn mjadi mangsa..
yg menakutkan tu, depa lh follow smp kt umah, sib bek umah kita jalan mati so ms bas benti depa x lh ikut..tp depa duk tnggu nk tgk mn umah kita...gilak tol... berterabur kita lari...
so dalam kelam kabut aku sempat suh sume berpurak2 msk kt umah ntah sape ntah, tp yg pasti sbb ada pokok besar..
bila mat2 moto tu blah sume berlari blk umah sbb tau depa pusing nk masuk lorong umah kita... haaaa... ms ni la Azie tu wat lawak... selamba tolak aku msk umah org, dh la kecik tp kuat gler..aku yg besar ni lh ilang imbangan.. tp smpt gak marah dia sambil blari blk umah... ilang ingatan tol, kalo umah dia tolak tu cam umah bujang kita x pe gak... ni umah keluarga yg ada kete, basikal, moto n lampu lip lap... jauh tol, cm langit ngn bumi....
elok2 kunci pntu, dgr bnyi moto blegar2 kt area situ..alhamdulillah kita berjaya melepaskan diri..he3.. ko ada ingat ke x???
--> hanya yg melalui yg memahami...





