Friday, May 31, 2013

Berpantang dengan Set Bersalin Nona Roguy

Akhirnya segala pening kepala aku dah hilang. Masa pregnant punya la dok cari jamu tuk berpantang walaupun aku tau masa pantangkan Medina dulu aku amat serasi dengan Nona Roguy. Walaupun sebelum ni aku beli loose set tapi alhamdulillah aku selesa dan bertenaga, dan macam kurus sikit...ahaks.

Setelah berbulan-bulan menggoogle dan bergaduh dengan en. hubby, akhirnya aku nekad nak guna produk yang sama. Plan nak ambik phytonatal, minyak herbanika dengan krim barut je. Bukan apa, sebelum ni aku beli akar herbanika, dari 15 paket sampai sekarang masih ada 13 paket dalam simpanan. Huhuhu... Memang tak boleh kompromi kalo kena minum teh herba ni.

Alhamdulillah, rezeki aku tiba bila kakak aku dengan murah hati nak sponsor set bersalin Nona Roguy. Sangat teruja ok. Siap pasang angan-angan akan menggunakan produk yang ada sebaik mungkin... Konon...



Memula aku gunakan produk luaran dulu, seperti herbanika lulur, minyak herbanika dan krim barut. Aku ni bukan la orang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi jadi pakai pun mana yang sempat je. Melulur pun ala kadar tapi terus terang cakap, memang best. Sebab lepas bersalin rasa badan kita cam letih dan sembab. Tapi lepas melulur rasa segar dan lembut jer...

Lepas je mandi, aku akan sapu minyak herbanika ke seluruh badan, kalau anak-anak aku tak menjerit la. Sebab aku tak berani pakai param pantang kali ni sebab nanti serbuk berterabur kena baby. Lagi pula aku baca yang minyak herbanika ini mempunyai fungsi yang sama seperti param dan pilis. Tapi aku lebih suka gunakan minyak berubat herba NR dan memakai pilis yang bancuh sendiri. Sebab pada aku minyak ni lebih panas dan berangin. Manakala pilis memang mengurangkan masalah sakit kepala aku yang tak baik-baik sejak hari ke-3 aku berpantang.

Okeh... Meh aku share pasal phytonatal plak. Aku tak makan awal-awal sebab takut baby kena jaundis. Kebetulan pulak nurse yang datang kata anak aku ada jaundis dan hampir kena tahan wad. Takpe-takpe nanti aku cerita pada entri lain eh. Kalau korang biasa tanya pakcik google, mesti korang amat kenal dengan Kak Engku Bidan Bersalin. Beliau pernah nasihatkan aku start makan produk-produk ni lepas minggu ke-2. Sebab? Takut anak kena jaundis. Tapi, memang best phytonatal ni, kalau takut nak membuang lepas bersalin atau ada masalah sembelit, insyaAllah ia dapat membantu dan mengembalikan senyuman manis dibibir anda. Hik..hik.. Berat badan pun cepat je turun, malah kurang dari berat sebelum mengandung dulu.

So far, no comment pasal akar herbanika sebab aku masih culas nak minum... Dok suh mak mertua aku je minum.... Hehehehe...

InsyaAllah kalau ada rezeki, anak ke-3 nanti mungkin nak gunakan produk yang sama la.... Cait cam promote plak. Huhuhu

Thursday, May 30, 2013

Hadiah hari ibu - Bersalin anak ke-2

Alhamdulillah.. hari ni genap 15 hari aku berpantang anak kedua. Betullah kata orang, setiap anak lain pengalaman bersalin biarpun ibunya sama...

Meh aku cite sikit pengalaman aku bersalin kali ni.  Tipu la kalau aku katakan aku tak rasa berdebar dan takut menanti kelahiran kedua ni. Ramai orang kata,eleh Ros rileks la kan dah ada pengalaman sebelum ni. Ya ampun.... sebab dah ada pengalaman la aku lagi runsing. Dah tau camna sakit dia, camna nak tempuh pantangnya...huhuhu...

Disebabkan masa anak pertama dulu aku siap-siap ke hospital berdasarkan arahan, tanpa rasa atau tanda apa-apa.boleh baca entri aku sebelum ni pengalaman-bersalin-2010. Tapi kali ni aku selalu rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh. kontraksi ke eh? Hari-hari gak la bergaduh ngan en. hbubby pasal ni. Aku tak tau cmna kontraksi tu tapi hari-hari dok tanya en. hubby, dia lagi la tak tahu...adoiyai...

Jadila aku pengoogle paling tegar mencari makna sakit kontraksi nak bersalin walaupun aku tahu tiap orang mempunyai sakit yang berbeza. Sampai la aku dah masuk 39 minggu baru la aku rasa dan faham makna kontraksi tu..huhuhu..

Sabtu 11/05/13

En. hubby bawa aku ke hospital sungai buloh sebab malam tu kontraksi aku makin kerap. boleh dikatakan setiap 5-10 minit sekali. Lagipun dah ada tanda stain kat pad aku... insyaAllah mesti dah ada bukaan.  Yakin tu, sebab anak sulong x sakit pun dah buka 3cm kan..

Sampai je terus register pastu dibawa masuk tuk check jantung baby ngan bukaan. Sangat terkejut sebab agak ramai orang kat dalam tu. siap ada yang dah tunggu semalaman. wah wad penuh rupanya, baru aku teringat masa register tadi nurse ada bagitau. gila cuak aku rasa kalau la aku kena duduk kat kerusi masa tahan sakit nanti. Tapi bising pun tak guna, lepas check bukaan, boleh pulak x buka lagi. Apa lagi dapat discharge la kan...

Jadi, aku ngan en. hubby pun decide pergi The Store jalan-jalan cari gift untuk hari ibu buat mak mertuaku yang datang jauh dari Sabah. Masa jalan-jalan aku banyak terberhenti sebab sakit sangat pinggang dan peha. Wah cam kontraksi ni. teringat masa sakit bersalinkan Medina. Lastly aku surrender, beli baju tak sempat pulak nak cari tudung. Tak pe kot dapat bagi gift yang lagi besar kan..ahaks

Balik tu memang aku dah rasa lain macam, kontraksi tiap 3-5 minit. so en.hubby ajak g hospital tapi aku tak nak lagi sebab cam baru je check,, malas r..mesti buka pun dalam 1-2 cm je kot.

Tapi bila dah jam 11.00 malam aku raa makin kuat sakit dia, terus setuju g hospital. Kali ni kami ke hospital selayang. Sampai pun dah tak larat nak jalan, dan hospital selayang pun dah tak cukup katil. uwwaaa... pasrah je la. dah sakit wooo

Lepas register aku disuruh masuk untuk check jantung baby dan bukaan..again... adoiyai.. aku jadi risau sebab doktor  nampak kelam kabut dengan graf jantung baby aku.siap panggil boss (ketua doktor malam tu) lagi. alamak kenapa ni. rasa cam nak nangis. Bila boss datang, terus check bukaan dah 4cm, dan ketuban pun pecah. automatically aku dapat la check in katil tersebut. huhuhu..rezeki dari Allah.


Ahad 12/05/13

Makin lama kontraksi makin terasa. aku sampai rasa nak menjerit tapi alhamdulillah, Allah masih beri aku kekuatan. Terdengar jeritan dari katil-katil sebelah buat aku makin risau. Mampukah aku bertahan ni. sebab aku dah sampai tahap nak meneran tapi doktor kata masih 4cm tak boleh teran nanti berlaku pendarahan dalaman. Adoi, biar betul, dh 3 jam takkan masih 4cm. Aku memang dah tak boleh tahan lagi. Sekali datang doktor, tanya sama ada aku ada rasa nak meneran tak.. Aku jawab la ada...rupanya memang dah fully open. Terus aku dibawa ke LB. Tedengar diorang panggil en. Hubby tapi aku masih tak nampak muka dia sampai dh masuk ke LB. Aiyark en. Hubby tidur ker?

Sampai je di LB, aku terus push sebab kepala baby memang dah nampak. Masa tu la en hubby masuk. JM suruh aku pegang kaki masa nak push, tapi aku masih tak kuat dan baby asik la keluar masuk kepala dia. Terus aku capai tangan hubby dan push, alhamdulillah berkat kasih sayang dan kekuatan hubby yang Allah salurkan, akhirnya keluar la putera kami, Aqeel Hafiy... Kalau kakak dia lahir terus poo-poo yang adik dah siap pee-pee plak...

Hadiah sempena hari ibu yang akan aku kenang sampai bila-bila. Tapi yang bestnya, aku senang nak ingat birthday anak-anak aku. Kalau Medina, jatuh pada April Fool, Aqeel plak pada hari ibu...

Hilang segala sakit dan sekali lagi aku buat deal ngn en hubby, cukup la 2 org je...huhuhu

Saturday, April 6, 2013

Perginya seorang sahabat...

Dalam gelak tawa bersama sahabat-sahabat sabtu lalu aku meraikan ulangtahun kelahiran Medina, tidak aku sangka ada ujian yang akan ditempuhi oleh sahabatku Hanani. 

Selasa lalu aku dikejutkan dengan panggilan yang tidak aku duga. Suami kepada sahabat baik aku telah pulang ke rahmatullah pada hari Isnin bersamaan 01 April 2013. Pemergian yang agak mengejut pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam buat sahabatku Nani dan seluruh keluarganya.

Dari apa yang aku tahu arwah mula mengadu sakit dada dan tiba-tiba rebah. Dari hasil post-moterm tidak ada apa-apa yang boleh dijadikan punca kematian. Benarlah ajal tidak mengira usia, sakit ataupun tidak.
Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang disana. Al-Fatihah buat Arwahyarham Sahrul Azhan Bin Samsuddin...

Buat sahabatku Nani :

Aku tahu amat mudah untuk aku mengucapkan kata-kata,
Pasti lebih sukar untuk kau memikulnya,
Tawa kita semalam lenyap sekelip mata,
kau di duga sedang kau belum sedia...

Pedih kami melihat airmata kau Nani,
Perit lagi kau menyusun langkah,
Memperjuangkan amanat yang ditinggalkan,
Menghitung detik bila akan tertunai,

Tabahkan hatimu sahabat,
Kuatkan imanmu,
Aku pasti kau tidak sendiri,
InsyaAllah kami ada disisi,

Bangunlah teman, Bangkitlah kawan,
Permatamu ada sebagai penawar,
Senyuman terukir bukanlah beban,
Penguat semangatmu agar tidak kau rebah.

Teruskah langkahmu, jangan kau undur,
Kini kaulah wira anak-anakmu,
Untuk dipinjam kekuatan dan harapan,
Demi meneruskan sebuah kehidupan,

Andai rasa semangatmu lemah,
Kami ada sebagai pendengar,
Jangan kau pendam lara hati,
Kerna kami masih ingin lihat kau berlari.


Aku tahu, bukan mudah menerima sebuah kehilangan. Aku sendiri telah melaluinya dan aku sendiri pernah rebah. Kehilangan ibu tercinta, ayah tersayang dan teman yang mesra. Tapi percayalah Allah lebih tahu apa yang kita mampu... Aku tahu kau kuat dan kau juga mampu hadapi ujian ini. Semoga rahmat Allah sentiasa ada bersamamu sahabat...







Tuesday, March 26, 2013

Pengalaman bersalin 2010

Sedar tak sedar kandungan aku kali ni dah masuk 32 minggu. Sekejap je masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nak menyambut kelahiran seorang lagi umat Muhammad S.A.W.

Hati ni berdebar je..bukan apa, risau baby keluar awal je ni. Bukan la aku tak suka tapi MIL aku akan fly dari Sabah pun awal bulan 5... masa tu aku dah nak masuk 38 minggu. Medina camne kalau aku sakit tetiba tengah malam. Nekad beli tiket baru la kan... Tapi sian pula kat FIL aku duduk sendiri kat Sabah. Minta maaf la ye mama sama bapak.. terpaksa minta tolong juga ni... hehehe

dalam menghitung hari ni, teringat sesangat masa nak bersalinkan Medina 2 tahun lepas. Alhamdulillah segalanya sangat mudah. Syukur sangat-sangat. Kenapa aku kata mudah??? Meh aku story sikit eh..

31 Mac 2010 -

Pagi - ada check up di klinik Kesihatan Kelana Jaya. Wah happy je sebab nurse kata semua ok. Apa lagi dengan riang gembira aku pun mencari nasi lemak dan nescafe tarik..wah favorite tuh... Setel sarapan, balik dan sambung tidur.

Tengahari - Layan bertelefon dengan adik aku, tak sudah-sudah dengan gembira dia bagitau, seisi keluarga telah mendoakan aku lahirkan Medina pada April Fool. Huh sungguh tak best sekali. Tapi risau gak sebab diorang punya la yakin aku akan bersalin besok. Huhuhu... Demi tak nak fikir aku keluar ambik en hubby dan cari makan di Giant Kelana Jaya. Release stress konon.

Malam - Masih segar dan aktif...  Siap teringin makan kerang bakar lagi... tengah-tengah makan, en hubby call my FIL, borak-borak la pasal kandungan aku. Sungguh tak sangka, my FIL pun turut mendesak en hubby bawa aku pergi hospital pagi besok. Sangat yakin aku akan bersalin. Aku dengan en hubby gelak je, mungkin keluarga di Sabah risau sangat kot sebab semua kan jauh.

1 April 2010

Pagi & Tengahari - (sebab tengahari aku baru bagun) Dapat call dari adik ipar, kata FIL suruh pergi hospital juga. Aku cakap la en hubby kerja (aku yang paksa benarnya). So balik lunch en hubby tanya camna? Aku cakap, boleh la nak pergi tapi lepas dia balik solat Jumaat la. Memang langsung tak ada apa-apa tanda lagi.

Lepas solat Jumaat - Kitorang masukkan barang dalam kereta dalam jam 3.00 pm masa tu. Dah siap semua, nak tutup pintu rasa cam nak buang air kecil lak. So, masuk jap. Tetiba ada bunyi 'POP' tengok-tengok ada darah. Terus panggil en hubby bagitau ada darah. So, dia tanya sakit tak, tak pon aku cakap. Siap-siap terus ke Hospital Selayang.

Dalam perjalanan tu memang tak rasa sakit, siap boleh check lagi list yang ada. Aku cakap kat en hubby, kalau tak kena warded, ingat nak singgah JJ Metro Prima sebelum pergi rumah abah aku di Kepong. Uiks sempat lagi tuh nak shopping..hahahhahaaa...

Sampai je hospital, lebih kurang jam 5.00 pm. En hubby nak drop aku dekat lobi, tapi aku tak nak. Nak ikut pergi parking jugak. Keluar je dari kereta, tetiba air ketuban akku pulak pecah. Jadi sepanjang dari parking tu sampai ke lift memang tak berhenti air aku keluar.

Sampai je di kaunter pendaftaran, diorang suruh aku masuk dan check bukaan.. Wah sudah 3 cm, tapi doktor tu pelik tengok aku masih tak sakit. Boleh berjalan-jalan dan gelak-gelak lagi. Nurse nak masukkan aku dalam wad tapi doktor tu bertegas nak aku masuk labour room. Alhamdulillah ada kosonng, so terus la aku check-in dalam bilik bersalin tu dalam jam 6.00pm.

Masa ni aku frust sikit sebab rancagan nak g JJ terpaksa dibatalkan, malah aku amat yakin sepanjang tempoh berpantang aku sure tak boleh jejak kaki aku kat sana. Tepat Jam 8.00pm, doktor yang check bukaan aku tadi masuk, dia tanya dah sakit tak? aku cakap belum lagi.. aik, dh induce puun tak sakit??? terus dia rujuk dengan nrse-nurse kat situ. Rupanya aku belum di induce lagi daaa... Bila dh masuk ubat, doktor tu cakap, pasni nanti awak sakit tau.. kalau tak bersalin gak sebelum jam 12.00am, kena c-zer... gila cuak aku dengar.

Jam 10, doktor tadi masuk lagi tanya sakit tak. Bila tengok keadaan aku yang dah separuh nyawa, boleh plak dia kata... "haa baru betul, baru boleh bersalin" sabar je la... Memang masa ni aku dah start rasa kontraksi yang melampau. Nasib baik dapat ubat tahan sakit, jadi kurang sikit sebab kerap tertidur kan.Masa ni en hubby sering mengusap belakang aku bagi mengurangkan kesakitan. Aku siap pesan pada en hubby, "bang, anak sorang cukup la ye. Pleassseeeee!!!". En hubby setuju je sebab kesian tengok keadaan aku masa tu.

Tapi rupanya,kesan ubat tadi tak berapa elok. Kenapa aku cakap camtu? Mana taknya sepanjang hampir sejam aku bertarung untuk bersalin, aku rasa lemah sangat. Terutama masa kepala Medina dah keluar. Aku terus tersandar dan cakap aku tak boleh dah. Memang nak tidur je rasa. Tapi kena marah dengan sorang nurse ni. Dia ingatkan aku yang aku sedang abaikan satu nyawa. terus aku push.. dan nasib baik nurse sorang lagi tu bertindak pantas menolak doktor pelatih yang terhegeh-hegeh tak tau buat apa. Alhamdulillah sekali push terus meluncur keluar puteri yang kami nanti-nanti.

Alhamdulillah, Medina selamat dilahirkan pada jam 11.03 pm. Tangisan pertama membuatkan segala sakit aku hilang. Terharu sangat, nurse yang marah tadi pun lega je nampak muka dia. Thanks sangat-sangat sebab marah aku Pn. nurse, memang membantu. Medina dibawa untuk dibersihkan sementara aku mendapat rawatan susulan.

Setelah semua selesai, nurse memberikan Medina pada en hubby untuk di qamatkan. Ya Allah...sungguh besar kuasaMu, tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Dan pada en hubby aku katakan pada dia "Abang, lepasni rasanya boleh kot sorang lagi..." huhuhuhuu...

Dalam jam 3.30 pagi baru aku dibawa masuk ke wad. Yang kesiannya, en hubby yang perlu bawa tembuni  dari hospital ke Kepong pagi-pagi buta, sensorang pulak tu.. Cuak gak. Alhamdulillah semua selamat.


Wednesday, March 20, 2013

Lahad Datu Dan Kita

 Pertama sekali nak bagitau.. coretan ini tidak ada kena mengena dengan unsur politik sama sekali!!!


Berminggu-minggu dok mengikuti kisah yang melanda tanah air tercinta... Makin hari makin sebak dan senak pulak perasaan ni.  Mana tidaknya, negara yang kita banggakan dengan keamanan dan kemakmuran telah menumpahkan darah anggota keselamatan kita yang bertugas di Lahad Datu dan Semporna. Bertambah sedih apabila melihat wajah-wajah yang masih mengharapkan kasih sayang dan perhatian dari insan tersayang. Sedang mereka bersedih ada pulak suara-suara yang lantang berkata tanpa memikirkan keadaaan serta perasaan orang yang sedang menanggung derita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kewujudan mereka digelar 'anjing'... kematian mereka diibaratkan 'sandiwara'... jasa mereka diperlekehkan. Tapi siapa pula kita? bukankah kejadian mereka juga dari Adam dan Hawa, semulia-mulia makhluk ciptaan Allah sama macam kita, cuma beza mereka itu berani bertindak tapi kita hanya berani berkata-kata. Mereka tenang menghadap pencipta sedang kita terus mencaci hina sedang belum tentu mulia mati kita nanti.


Bukan mudah hendak jadi anggota keselamatan ni, sebab arwah abah pernah warning tiap kali aku melahirkan hasrat untuk memgikuti jejak langkahnya. Jadi, aku memang sangat respect pada mereka yang sanggup menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan negara kita.

Terbaru, ada aku terbaca ada yang mengangap wira terkorban bukan la wira negara. tapi hanya bertugas untuk sesuap nasi. Tetiba aku teringat kisah mendiang Micheal yang terkorban dari Sarawak. Beliau sanggup melepaskan tugas sebagai Inspektor Kesihatan demi minat yang mendalam untuk menjadi anggota keselamatan. Pasti keputusan itu lahir dari jiwa bersih mendiang untuk membantu menjaga negara dari sebarang anasir tidak baik. Jadi siapa kita untuk menilai mereka?



Cuma aku terfikir, sampai bila kita perlu berbalah camni ek??? Siapa yang mendapat keuntungan dengan sikap terburu-buru kita???  Tepuk dada tanya selera.