Thursday, August 6, 2009

Al-Fatihah buat ibuku

Semalam (5 Ogs 2009), genap 6 tahun pemergian arwah mak... rindu sesangat. Saat ni aku amat memerlukan arwah. Serasa semalam arwah masih ada tersenyum dan tertawa bersama aku.... tp yang pasti itu hanya la mimpi...

Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh mu serta mak di letakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di tempatkan di sisinya...

Mak...
dalam melalui liku-liku hidup ini,
anakmu belajar menjadi kuat,
anakmu mengenali erti ketabahan,
kerana ia adalah tauladan darimu,

Mak,
dalam tiap tangisan anakmu,
tersemat segala pesan yang mak titipkan,
agar anakmu sentiasa teguh dan pasrah,
kerana katamu kita ini hanya pinjaman.

Mak,
anakmu cemburu pada mereka yang masih mempunyai ibu,
anakmu rindu akan belai serta tawa mu,
kerna di saat bersama anakmu kurang menghargainya.

Mak,
tiada daya anakmu lagi,
untuk melaksanakan tanggungjawab ke atasmu,
hanya sedekah dan doa yang mampu anakmu lakukan,
tanda bukti kasih yang ada takkan terpadam,
kenangan bersama tetapkan anakmu semat di hati.

Ya Allah...
Terima kasih atas kesempatan yang Kau berikan,
biarpun singkat masa,
namun aku pasrah dan aku yakin ibuku ada mendengar rintihan hati anaknya...

Ya Allah...
Kau ampunilah segala dosa-dosa ibuku,
Kau tempat kan la ibuku di kalangan para syahudah,
Kau terangilah rumahnya, Kau lapangkan lah pembaringannya,
Dan Kau permudahkan lah urusan ibuku di hari perbicaraan kelak...

Kerana Kau tempat kami berserah, dan kepada Kau kami bermohon...